Dengan Nama Allah Ar-Rahman Ar-Raheem
ukhuwwah fillah abadan abada
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan lanjut dan bumi (seraya berkata), “Ya Robb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka.” (QS.3:190-191)
Alhamdulillah. Tsumma, Alhamdulillah ... Dengan izin dari Ar-Rahman, saya telah diberi peluang untuk kembara melihat bumi Allah yang maha luas, menjejaki tinggalan-tinggalan umat terdahulu. Saya telah berkesempatan untuk menjelajah ke Semenanjung Sinai, Jordan dan Syria sepanjang winter break yang lepas. Punya banyak ibrah yang mahu dikongsikan bersama, tetapi mungkin akan dikongsi untuk post yang seterusnya inshaAllah.
Kembara sufi saya bermula dengan jaulah ke semenanjung sinai dimana saya berkesempatan untuk mendaki gunung sinai buat kali yang kedua sepanjang usia saya merantau ke bumi kinanah ini, tetapi kali ini bersama akhawat-akhawat tercinta. Sungguh, kenangan ini akan saya simpan sampai bila-bila. Antara tempat-tempat yang kami lawati sepanjang jaulah 3 hari tersebut adalah Dahab (Red Sea) Uyun Musa (12 mata air Kaum Bani Irael bersama Nabi Musa), Hamam Firaun (Sauna purba Firaun), Suez Canal, Kubu Tinggalan Israel, Makan Nabi Saleh, Makam Nabi Harun, Perkampungan Nabi Ilyas, Lembu Samiri, Wadi Arbain, dan kemuncaknya adalah mendaki Jabal Musa dimana di puncaknya lah Nabi Musa menerima wahyu dan kitab Taurah dari Allah SWT. Kemudian kami bertolak ke Cairo dan berkampung disana selama 4 hari. Kenangan bergumbira bersama akhawat senantiasa menguntumkan senyuman dibibir saat teringatkannya.
Gunung Sinai
Alhamdulillah, saya berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Urdun, tanah milik kerajaan Hashimiah. Selama 8 hari disana saya berkesempatan melawat banyak tempat-tempat menarik diantaranya Irbid, Tapak Peperangan Mu'tah, Makam Syuhada Mu'tah (Zaid bin Haritsah, Jaafar Abu Talib dan Abdullah ibnu Rawahah) Tapak Peperangan Yarmouk, Ummu Qays (tapak tinggalan Rom) Jordan University of Science & Technology, Mu'tah University, Yarmouk University, Wadi Arab, Amman, Jerash (tapak tinggalan Rom), Ajloun (kubu Salehuddin Al-Ayoubi), Karak (kubu Salehuddin Al-Ayoubi), Petra, Laut Mati, Wadi Rum, Gua Ashabul Kahfi, Makam Mu'az bin Jabal, dan Aqabah. Perjalanan saya dari mesir ke jordan adalah dengan menaiki ferry dari pelabuhan Nuweiba di Sinai ke Pelabuhan Aqabah di Jordan.
ferry from nuweiba' to aqabah
Kota Jerash
Ashabul Kahfi
Kota Lama Petra
Wadi Rum
Diri ini sehingga hari ini bagaikan tidak percaya pernah menapakkan kaki di bumi berdarah Syria. Alhamdulillah, selama 4 hari di sana berbagai pengalaman yang saya tempuh bersama 2 lagi sahabat seperjuangan. Usai melawat banyak tempat-tempat yang dilaknat di Jordan (laut mati, petra), Bumi Syria bagaikan meneutralkan balik diri ini dengan lawatan ke makam-makam Nabi, Ahlul beyt, Sahabat dan Tabi'in yang terletak di Damascus, kota lama kerajaan islam.
Antara makam yang sempat dilawati adalah Makam Nabi Yahya, Makam Saidatina Ummu Salamah, Ruqayyah, Ummu Habibah, Hafsah, Panglima Salehuddin Al-Ayoubi, Makam Abu Darda', Makam Bilal bin Rabah, Makam Abu Hurairah, Muawiyah Abu Sufyan dan lain-lain. Saya juga berkesempatan melawat Kubu Salehuddin Al-Ayubi dimana di damascus inilah satu-satunya kubu Salehuddin yang masih digunakan dan hidup sehingga sekarang. Kubu-kubunya yang lain kini menjadi tempat tinggalan sejarah dan muzium pelancongan. Di kubu inilah terletaknya Souq Hamidiyyeh yang terkenal. Masjid Umawi juga terletak di dalam kawasan kubu tersebut. Syria pernah mempunyai kerajaan yang hebat satu ketika dahulu, semoga Allah mengembalikan semula kerajaan itu kepada mereka! Semoga darah para syuhada yang mengalir tidak sia-sia ~ Amin.
Antara makam yang sempat dilawati adalah Makam Nabi Yahya, Makam Saidatina Ummu Salamah, Ruqayyah, Ummu Habibah, Hafsah, Panglima Salehuddin Al-Ayoubi, Makam Abu Darda', Makam Bilal bin Rabah, Makam Abu Hurairah, Muawiyah Abu Sufyan dan lain-lain. Saya juga berkesempatan melawat Kubu Salehuddin Al-Ayubi dimana di damascus inilah satu-satunya kubu Salehuddin yang masih digunakan dan hidup sehingga sekarang. Kubu-kubunya yang lain kini menjadi tempat tinggalan sejarah dan muzium pelancongan. Di kubu inilah terletaknya Souq Hamidiyyeh yang terkenal. Masjid Umawi juga terletak di dalam kawasan kubu tersebut. Syria pernah mempunyai kerajaan yang hebat satu ketika dahulu, semoga Allah mengembalikan semula kerajaan itu kepada mereka! Semoga darah para syuhada yang mengalir tidak sia-sia ~ Amin.
Tepat 21 hari saya berjalan di bumi Allah,melihat kebesaran-kebesaran dan tinggalan-tinggalan ummat terdahulu serta mentafsirnya dalam kehidupan saya sendiri, kembara sufi itu saya akhiri dengan terbang semula ke Cairo dan kembali semula ke mansoura untuk memulakan semester yang baru. Semoga dengan kembara saya ini memberikan bekalan petrol secukupnya untuk membakar enjin dakwah yang saya pandu supaya terus laju mara kehadapan, inshaAllah.
"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)
"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al An'am: 11)
Sungguh benar kata-kata Allah yang Maha Mulia.
Wallahu'alam


\

